KLIK dan BACA jika anda kaum HAWA..!!!

..: * 1 + 1 = 3 ...: *
" 1 + 1 = 3..bukannya 2.."
Dua orang yang bersama-sama mampu menghasilkan sesuatu yang lebih daripada dua orang mampu lakukan, sesuatu yang luar biasa
Keimanan adalah paksi..
Iman itu perlu menjadai masdar kita. Segala tindakan, perancanganm semuanya perlu dimulakan atas dasar keimanan kepada Allah SWT. Kepercayaan dan keyakinan kepada azab seksa dan balasan ganjaran daripada ALlah SWT, merupakan benteng utama dalam memandu manusia menjalani kehidupan yang baik dan untuk mendapata pengakhiran yang baik (husnul khatimah)


Jka keimanan menjadi perlembagaan, maka segala perintah Allah akan menjadi penanda arah kepada perjalanan insa. Bukan nafsu. Bukan persaan. Kepimpinan yang menjadikan keimanan melaksanakan tanggungjawab, tidak akan dirasuk oleh kekuasaan, ketamakan dan hasad dengki.
hanya keimanan yang mampu memandu sesorang kearah kejayaan, kecemerlanganb dan kegemilangan. keimanan akan membawa manusia mentati apa yang diperintahkan Allah.
Perintah Allah itu sesungguhnya adalah satu kebaikan.

Yallah Syabab!!
siiru 'ala Barakatillah!!

From:Sinergi
ASZF_1941
Hamba Allah ft. Haiwan Ternakan

Bismillah...
Assalamu'alaikum...

Alhamdulillah dengan nikmat iman dan islam serta kesihatan dan teknologi IT, dapat lagi ana menyambung penulisan ana yang masih dok merangkak lagi nie. Maklumlah baru nak belajar tulis artikel blog.

Seperti selalu, aktiviti yang ana akan buat setiap kali bercuti kat rumah tok ana adalah berbasikal setiap pagi. Ana akan melalui beberapa buah kampung yang terdapat disana. Antaranya, kampung Jawa, Kampung Acheh, Kampung Setul dan terus kekampung Pauh. Kadang-kadang ana akan terus berbasikal sampai ke Ruat(nak dekat dengan Tanjung Jaga) pastu patah balik. Yang tulah rutin harian dikampung ana pada waktu pagi.

Suatu hari, sedang ana asyik berkayuh ana terlihat satu adegan antara seekor lembu dengan tuannya. Mungkin ini biasa bagi antum semua melihat seekor lembu yang akur mengikut arah tali yang ditarik tuannya. Tapi setelah ana melihat situasi tu, ana teringat akan ayat yang ana baca dalam buku "LANGIT ILAHI- Tuhan tidak lupakan kita" hasil sentuhan Hilal Asyraf juga buku pertama yang dikeluarkannya.

Beliau menyatakan "Bagaimana yang dikatakan kita ini seperti lembu? Kalau tuan kita tidak menjaga kita dengan baik, maka kita akan rosak dan hancur. Ya, kita sangat perlu kepada tuan yang mampu menjaga kita dengan sebaik-baiknya. Maka...siapakah tuan kita?".

Macam mana yang antum baca kat atas tu, macam tulah mesej yang ana nak sampaikan dalam artikel ini. Kita merupakan hamba kepada yang Maha Pencipta, jadi memang patut lah kita mematuhi segala perintah yang diturunkan samaada melalui Al-Quran atau kekasihNya Rasulullah SAW kerana Allah merupakan sebaik-baik penjaga, maka setiap perintahNya itu pasti membawa kebaikan kepada kita. Samalah macam perumpamaan yang ana nyatakan tadi, seorang tuan yang baik akan menjaga lembunya dengan baik. Setiap perkara yang kita perintah atau lakukan keatas haiwan ternakan tersebut adalah yang boleh membawa kepada kesihatan dan kebaikan.

Tapi apakah yang akan antum semua lakukan jika haiwan ternakan yang kita jaga dengan penuh kebaikan itu melawan perintah kita, merosakkan tanamam kita, merempuh rumah kita, dan melakukan onar di kampung kita..?? Apakah perasaan kita sebagai tuan haiwan tersebut..?? Tepuk pipi, tanyalah diri sendiri. Bagi ana semua itu sudah cukup untuk kita mengundang kemarahan kita kecuali hamba Allah yang mempunyai kesabaran yang tinggi sahaja masih dapat bertahan.

Macam mana yang antum baca, macam tulah kita dengan Rabbul Jalil. Allah menyediakan panduan hidup kepada kita juga menjaga kita demi kebaikan kita. Tapi sekiranya kita melanggar perintahNya, membuat kemusnahan dimuka bumiNya, melakukan maksiat, saling bunuh-berbunuhan juga syirik kepadanya. Nescaya kita akan dimurkai oleh Allah Subhanahu Wata'ala. Kita akan jauh dari lembayung rahmatNya dan sukar untuk memperoleh hidayah dan taufik. Maka segala kehidupan didunia ini hanyalah sia-sia.

"Sesungguhnya aku ialah Allah, tiada tuhan melainkan aku, maka abdikanlah diri kepada aku, dan dirikanlah solat untuk mengingatiku."(Taha:14).

"Jika hamba-Ku bertanya kepadamu(wahai Muhammad) tentang aku, sesungguhnya Aku adalah amat dekat, Aku menjawab permintaan yang diserukan kepada-Ku jika mereka menyeru, maka terimalah segala arahan-Ku, dan berimanlah kepada-Ku, agar mereka beroleh kemenangan."(Al-Baqarah: 186).

Konklusinya, kita sebagai hamba kepada Pencipta dan Penjaga yang agung, yang tidak pernah lupakan kita, tidak pernah tinggalkan kita, seharusnya atau bagi ana sewajibnya akur akan segala perintahNya, ikut segala panduanNya dengan ikhlas dan tawadhu'. Jika kita melakukan demikian, nescaya walaupun hidup kita tidak selesa, tetapi diakhirat kelak IsyaAllah kita akan ditempatkan ditempat yang berganda-ganda lagi nikmatnya berbanding didunia sehingga tidak dapat dibayangkan oleh manusia. Maka beribadatlah kepada Allah selagi mana dikurniakan detik-detik kehidupan ini.

Jadi setakat ini dulu coretan yang dapat ana hasilkan, isyaAllah akan datang nanti kalau masih diberikan kesempatan oleh yang Maha Esa ana akan update lagi dengan isu yang lain. Segala yang baik itu datangnya dari Allah dan segala yang tak beberapa nak elok tu datangnya dari ana yang hakikatnya dari Allah yang bertujuan memperingati hambanya dari terus terleka.
Akhir tulisan...
Wallahu'alam...

p/s: kalau ada yang tak faham atau teguran boleh lah hantar kat komen tu. Kerjasama antum amat dihargai...
  • Intellectual Generation]>>-

    Followers

    .:[LANGIT ILAHI]:. Hilal Asyraf