KLIK dan BACA jika anda kaum HAWA..!!!

Kem Kepimpinan Pelajar Tingkatan 4...

Assalamu’alaikum…

Alhamdulillah dengan nikmat iman dan Islam serta fizikal dan mental, dapat lagi kami menamatkan satu kem yang penuh dengan pengalaman dan pengajaran bagi mendewasakan pemikiran kami dari aspek kepimpinan dan disiplin diri.

Kem ini dihadiri oleh 30 orang pemimpin dari Ting.4 dan dikendalikan oleh 6 orang guru dibantu oleh 2 orang bekas guru serta pelajar di Ma’ahad Yan serta beberapa anggota JPAM.

1. Sir Azman Abd Rahman

2. Ustaz Nasir Che Omar

3. Ustaz Jalal

4. Ustaz Ahadi

5. Ustaz Wan Shazwan

6. Ustaz Nasir Hasan

7. Ustazah ‘Ifa

8. Kak Shahidah

Dalam kem ini, kami akan ditekan(pressure) untuk terus menjadi lebih tegas apabila berhadapan dengan anak buah. Selain itu, kami juga telah diberikan slogan yang berlainan setiap hari. Kesemua slogan itu kini telah berjaya dipateri dalam diri kami atas komitmen kami yang tinggi terhadap kem tersebut.

Hari pertama- Pemimpin..!!

Berani..!!

Pemimpin..!!

Yakin diri..!!

Hari kedua- Pemimpin..!!

Tegas..!!

Pemimpin..!!

Tetap pendirian..!!

Hari ketiga- Pemimpin..!!

Bersama..!!

Pemimpin..!!

Kerjasama..!!

Hari keempat- Satu hati..!!

Bina generasi..!!

Pelbagai aktiviti lasak(adventure) yang diadakan supaya dapat diaplikasikan dalam bentuk kepimpinan. Setiap aktiviti yang diadakan adalah berteraskan slogan yang diberi. Antara aktiviti tersebut adalah:-

  • Night walking(kami akan ditinggalkan keseorangan dalam hutan pada waktu malam bagi melatih sifat berani) di Pulau Kezambo.
  • Lake crossing(kami perlu menyeberangi tasik menggunakan tali yang disediakan. Aktiviti ini memerlukan keyakinan dalam diri untuk menyeberanginya.) di Tasik Beris.
  • Sychology Test(dikendalikan oleh Sir Azman. Kami akan diberi tekanan untuk keluar dari Ma’ahad Yan. Aktiviti ini diadakan bagi menguji ketegasan serta tetap pendirian kami.)
  • Mountain climbing(aktiviti ini mempunya risiko yang amat tinggi. Bentuk muka buminya sangat curam dan lincin. Aktiviti ini dicadangkan bagi menerapkan sikap kebersamaan dalam diri kami)
  • Berakit(setelah mendaki kami ditugaskan menebang buluh yang dipercayai dan membuat rakit sendiri. Kayuhan berlangsung yang memakan masa setengah hari. Aktiviti ini dijalankan bagi mewujudkan sifat kerjasama dan sabar dalam diri kami)

Banyak proses pembelajaran dan pengalaman yang dapat kami ambil sebagai satu pengajaran dalam hidup. Sekarang kami telah diprogramkan semula untuk menjadi pemimpin/khalifah yang lebih berani, yakin diri, tegas, tetap pendirian, kerjasama bagi MEMBINA GENERASI YANG BERWIBAWA.

Kami mengucapkan jutaan terimakasih kepada guru-guru yang telah merancang kesempatan ini untuk kami berubah. Kami mengharapkan program sebegini akan lebih kerap diadakan pada masa mendatang. Untuk maklumat lanjut tentang perjalanan program ataupun pengalaman, anda boleh menghubungi mana-mana pihak dari kami. Akhir kalam…

Wallahu’alam..

جيل الثامن..!!

ممتاز..!!

الله اكبر..!!

Intellectual Generation of

Ma’ahad Yan


  • Islamic Entertainment]>>

    Al-Waktu Kassaifu

    Anda Adalah Penziarah ke]>>-

    Online Now]>>-

    who's online

    Ruang Ukhwah]>>-


    ShoutMix chat widget

    Bagaimana dengan Tamrin Uhibbuka Fillah yang telah kami adakan hari tu? (untuk peserta kem sahaja)


  • Intellectual Generation]>>-

    Followers

    .:[LANGIT ILAHI]:. Hilal Asyraf