KLIK dan BACA jika anda kaum HAWA..!!!

Hamba Allah ft. Haiwan Ternakan

Bismillah...
Assalamu'alaikum...

Alhamdulillah dengan nikmat iman dan islam serta kesihatan dan teknologi IT, dapat lagi ana menyambung penulisan ana yang masih dok merangkak lagi nie. Maklumlah baru nak belajar tulis artikel blog.

Seperti selalu, aktiviti yang ana akan buat setiap kali bercuti kat rumah tok ana adalah berbasikal setiap pagi. Ana akan melalui beberapa buah kampung yang terdapat disana. Antaranya, kampung Jawa, Kampung Acheh, Kampung Setul dan terus kekampung Pauh. Kadang-kadang ana akan terus berbasikal sampai ke Ruat(nak dekat dengan Tanjung Jaga) pastu patah balik. Yang tulah rutin harian dikampung ana pada waktu pagi.

Suatu hari, sedang ana asyik berkayuh ana terlihat satu adegan antara seekor lembu dengan tuannya. Mungkin ini biasa bagi antum semua melihat seekor lembu yang akur mengikut arah tali yang ditarik tuannya. Tapi setelah ana melihat situasi tu, ana teringat akan ayat yang ana baca dalam buku "LANGIT ILAHI- Tuhan tidak lupakan kita" hasil sentuhan Hilal Asyraf juga buku pertama yang dikeluarkannya.

Beliau menyatakan "Bagaimana yang dikatakan kita ini seperti lembu? Kalau tuan kita tidak menjaga kita dengan baik, maka kita akan rosak dan hancur. Ya, kita sangat perlu kepada tuan yang mampu menjaga kita dengan sebaik-baiknya. Maka...siapakah tuan kita?".

Macam mana yang antum baca kat atas tu, macam tulah mesej yang ana nak sampaikan dalam artikel ini. Kita merupakan hamba kepada yang Maha Pencipta, jadi memang patut lah kita mematuhi segala perintah yang diturunkan samaada melalui Al-Quran atau kekasihNya Rasulullah SAW kerana Allah merupakan sebaik-baik penjaga, maka setiap perintahNya itu pasti membawa kebaikan kepada kita. Samalah macam perumpamaan yang ana nyatakan tadi, seorang tuan yang baik akan menjaga lembunya dengan baik. Setiap perkara yang kita perintah atau lakukan keatas haiwan ternakan tersebut adalah yang boleh membawa kepada kesihatan dan kebaikan.

Tapi apakah yang akan antum semua lakukan jika haiwan ternakan yang kita jaga dengan penuh kebaikan itu melawan perintah kita, merosakkan tanamam kita, merempuh rumah kita, dan melakukan onar di kampung kita..?? Apakah perasaan kita sebagai tuan haiwan tersebut..?? Tepuk pipi, tanyalah diri sendiri. Bagi ana semua itu sudah cukup untuk kita mengundang kemarahan kita kecuali hamba Allah yang mempunyai kesabaran yang tinggi sahaja masih dapat bertahan.

Macam mana yang antum baca, macam tulah kita dengan Rabbul Jalil. Allah menyediakan panduan hidup kepada kita juga menjaga kita demi kebaikan kita. Tapi sekiranya kita melanggar perintahNya, membuat kemusnahan dimuka bumiNya, melakukan maksiat, saling bunuh-berbunuhan juga syirik kepadanya. Nescaya kita akan dimurkai oleh Allah Subhanahu Wata'ala. Kita akan jauh dari lembayung rahmatNya dan sukar untuk memperoleh hidayah dan taufik. Maka segala kehidupan didunia ini hanyalah sia-sia.

"Sesungguhnya aku ialah Allah, tiada tuhan melainkan aku, maka abdikanlah diri kepada aku, dan dirikanlah solat untuk mengingatiku."(Taha:14).

"Jika hamba-Ku bertanya kepadamu(wahai Muhammad) tentang aku, sesungguhnya Aku adalah amat dekat, Aku menjawab permintaan yang diserukan kepada-Ku jika mereka menyeru, maka terimalah segala arahan-Ku, dan berimanlah kepada-Ku, agar mereka beroleh kemenangan."(Al-Baqarah: 186).

Konklusinya, kita sebagai hamba kepada Pencipta dan Penjaga yang agung, yang tidak pernah lupakan kita, tidak pernah tinggalkan kita, seharusnya atau bagi ana sewajibnya akur akan segala perintahNya, ikut segala panduanNya dengan ikhlas dan tawadhu'. Jika kita melakukan demikian, nescaya walaupun hidup kita tidak selesa, tetapi diakhirat kelak IsyaAllah kita akan ditempatkan ditempat yang berganda-ganda lagi nikmatnya berbanding didunia sehingga tidak dapat dibayangkan oleh manusia. Maka beribadatlah kepada Allah selagi mana dikurniakan detik-detik kehidupan ini.

Jadi setakat ini dulu coretan yang dapat ana hasilkan, isyaAllah akan datang nanti kalau masih diberikan kesempatan oleh yang Maha Esa ana akan update lagi dengan isu yang lain. Segala yang baik itu datangnya dari Allah dan segala yang tak beberapa nak elok tu datangnya dari ana yang hakikatnya dari Allah yang bertujuan memperingati hambanya dari terus terleka.
Akhir tulisan...
Wallahu'alam...

p/s: kalau ada yang tak faham atau teguran boleh lah hantar kat komen tu. Kerjasama antum amat dihargai...
Tamrin Uhibbuka Fillah..
Assalamu'alikum,
Alhamdulillahirabbil 'Alamin, Wassalatu wassalamu 'Ala Asyrafil Anbiya' Wal Mursalin, Wa'ala Alihi Wasahbihi ajma'in. Amma ba'du...

Pertama kalinya dan untuk selama-lamanya, marilah kita bersyukur kehadrat ilahi kerna dengan limpah nikmat iman, islam, kesihatan dan teknologi IT, dapat lagi kita membaca artikel yang kami nak ketengahkan nie meskipun masih berada dalam keletihan lagi...

Tanggal 17/11/2009(selasa), bermulanya suatu kem yang dianjurkan oleh Badan Dakwah dan Kebajikan dengan kerjasama Generasi ke-8 Maktab Mahmud Yan. Program ini telah dijalankan sejak _______ (lupa!!) sebagai program penutup sesi persekolahan. Kem ini hanya terdiri dari 29 orang ajk pelaksana.

BANIN:-
-Pengarah: UMAR SIDDIQI RAMLI
-Setiausaha: ABBAS AFIFI
-Unit Disiplin1: ANNUAR AZMI
-Unit Disiplin2: AIEZZUDDIN ABD MUTALIB
-Unit Kebajikan: LUTFI MUHD DAUD
-Unit Multimedia1: MUHAMMAD 'AMMAR
-Unit Multimedia2: AHMAD ZUFAR
-Unit Pendaftaran: FIRDAUS SUIB
-Unit Makanan: DEENIE ZULKIFLI
-Unit Riadhah1: FAHMI MUA'AD
-Unit Riadhah2: RUZAINI AKMAL
-Unit Barangan&Logistik: ASYRAF MUSTAFA
-Unit Persiapan Dewan: AFIQ TAJUDDIN
-Unit Pengisian1: RUSYDAN BAHARI
-Unit Pengisian2: LUQMAN HAKIM SOBRI
-Unit Pengurusan Fasilitator: IDHAM QAMAR

BANAT:-
-Pengarah: NURUL AMIRAH
-Setiausaha: AISYAH ARIFFIN
-Unit Disiplin: NUR FAJRINA
-Unit Ibadah & Pengisian: UZLIFATUL HUSNA
-Unit Riadah: SITI AISYAH
-Unit Multimedia1: AIDA MUNIRAH
-Unit Mutimedia2: BUSYRA ISMAIL
-Unit Pendaftaran1: NAJWA JAMALUDDIN
-Unit Pendaftaran2: UMMU HABIBAH
-Unit Barangan & Logistik: MUTIA'H SABIHAH
-Unit Makanan & Kesihatan1: RAIHAN MOHD ISA
-Unit Makanan & Kesihatan2: NOR AMALINA SHAFIE
-Unit Kebajikan: FATIN AFIQAH
-Unit Khas: NOOR SHAKILA


Peserta terdiri dari Tingkatan 1 & 2 Putera dan Puteri Maktab Mahmud Yan yang berjumlah kira 150 orang(rasanyalah). Kem ini bertempat di sekolah kami.

Antara aktiviti-aktiviti yang amat menyeronokkan dipihak Banin adalah:-
-Garis Panjang(menggunakan barang atau apa sahaja benda yang ada pada tubuh kita untuk membina satu garisan yang panjang)
-Nightwalk(nightwalk kami tak sama macam yang orang lain buat. tapi memang seronok. Nak tahu..?? biarlah rahsia. Kalau nak tahu isilah borang permohonan kemasukan sekolah kami dulu.hehe)
-Usung balak(membawa sebatang straw menggunakan satu jari setiap ahli kumpulan)
-Kembara Sufi(ala-ala explorace, menjelajah hutan, sungai, semak dan kampung)

Setakat ni dulu yang dapat kami berkongsi dengan antum semua. Kalau ada penambahan atau pembetulan kami akan post skali lagi.

Akhir sekali kami abang-abang dan kakak-kakak Fasilitator urusetia ingin meminta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki jika ada terkasar bahasa, tersilap bicara, terbuat apa yang tak kena dan apa saja yang dirasakan salah. Kami berharap antum(peserta) semua dapat mengambil pengajaran dari tamrin yang telah kita jalankan.
Sekian saja...
Wallahu'alam...

p/s: gambar kem boleh lihat di bahagian galeri foto dan video pada tarikh seawal-awal 01/12/2009.
Parit Kematian Rasulullah SAW...part 2

Pada waktu itu, setelah solat maghrib bersama mereka pada hari jumaat, baginda masuk kerumah. Panas badan baginda terus meninggi. Para sahabat menyediakan tempat pembaringan untuk baginda.

Orang ramai telah berkumpul untuk menunaikan solat isyak. Mereka menunggu rasulullah saw keluar untuk mengimamkan mereka, sedangkan penyakit rasulullah semakin kronik. Baginda berusaha untuk bangun, namun tidak mampu. Akhirnya dengan perlahan, rasulullah saw bangun. Beberapa orang berseru, ̋solat, solat.˝

Rasulullah saw menatap mereka yang berdekatan dengan berkata, ̋apakah mereka sudah solat?˝.˝belum. mereka menunggumu, wahai rasulullah˝, jawab orang yang ada disekeliling baginda. Waktu itu panas badan baginda membuatnya tidak mampu bangun.

Baginda berkata, ˝tuangkan air dalam sebuah bekas˝. Mereka memenuhi permintaan baginda dengan menuangkan air sejuk dan meletakkannya berdekatan baginda untuk menyejukkan seluruh badannya. Akhirnya suhu badan baginda turun. Ketika baginda merasa segar sedikit, baginda meminta bekas tadi dijauhkan dari tubuhnya.

Ketika cuba bangun dengan kedua tangannya, baginda jatuh pengsan. Apabila sedar, soalan pertama yang baginda tanya, ˝apakah mereka sudah solat?˝. orang yang berdekatan baginda menjawab, ˝belum wahai rasulullah. Mereka menunggumu˝.˝tuangkan air dalam bekas agar aku dapat mandi,˝ pinta baginda. Mereka memenuhi permintaan tersebut.

Ketika rasulullah merasa lega, baginda cuba berdiri, namun baginda pengsan semula. Ketika sedar semula, soalan yang mula-mula Ditanya adalah,˝apakah orang ramai sudah solat?˝. mereka menjawab,˝belum. Mereka masih menunggumu, wahai rasulullah.˝

˝tuangkan air ke dalam bekas,˝pinta baginda. Para sahabat segera memenuhi permintaan baginda. tUbuh baginda dibasahkan dengan air sejuk. Baginda mengisyaratkan dengan tangan(tanda cukup).

Baginda cuba bangun, namun jatuh pengsan semula. Keluarga baginda menyaksikan keadaan itu bagitu terharu. Air mata mereka meleleh.

Bersambung...

Parit Kematian Rasulullah SAW...part 1

Dalam kitab Sahihain dan lainnya disebutkan, ketika Nabi SAW pulang dari menunaikan Haji wada, baginda jatuh sakit. Penyakit inilah yang membawa kepada kewafatan baginda.


Hari demi hari, penyakit kian parah. Dilihat dari ucapan dan pandangan mata, seolah-olah baginda akan meninggalkan dunia fana ini. Ketika demam baginda semakin menjadi-jadi dan baginda yakin akan segera berpindah ke alam lain, baginda ingin berpesan kepada orang ramai.


Baginda membalut kepalanya lalu menyuruh Fadhl bin Abbas RA mengumpulkan umat islam di masjid. Ketika orang ramai telah berkumpul, baginda dipapah oleh Fadhl menaiki mimbar. Setelah memuji Allah, baginda bersabda:


’Amma ba’du, masa pergantian itu telah dekat dan kamu semua tidak akan melihatku kembali di tempat ini. Maka sesiapa saja yang telah aku rotan belakangnya, inilah belakangku, hendaklah dia membalasnya. Barangsiapa aku ambik hartanya, inilah hartaku dan ambillah. Barang siapa aku cela kehormatannya, maka hendaklah dia membalasnya”


“Janganlah kamu semua khuatir aku akan berdendam paadanya. Dendam bukanlah sifat dan kelakuanku. Yang aku suka antara kamu semua adalah yang berani mengambil kembali haknya, yang mungkin telah aku rampas atau maafkan aku. Sehingga kelak aku mengadap Allah dalam keadaan tidak menzalimi seseorang pun.”

Kemudian Rasulullah SAW pulang kerumah. Demam yang baginda deritai semakin melemahkan tubuhnya. Dengan susah payah baginda berusaha pergi kemasjid untuk solat bersama para sahabat.

Bersambung...


  • Islamic Entertainment]>>

    Al-Waktu Kassaifu

    Anda Adalah Penziarah ke]>>-

    Online Now]>>-

    who's online

    Ruang Ukhwah]>>-


    ShoutMix chat widget

    Bagaimana dengan Tamrin Uhibbuka Fillah yang telah kami adakan hari tu? (untuk peserta kem sahaja)


  • Intellectual Generation]>>-

    Followers

    .:[LANGIT ILAHI]:. Hilal Asyraf